Alhamdulillah, bulan 4 ni dah
masuk 3 bulan kaki kanan ambe patah. Tapi tulang kaki langsung tak menunjukkan
petanda nak bersambung, huhuhu sedih-sedih L.
Nak kata tak berpantang, rasanya berpantang je. Nak kata tak minum susu, dah
berapa pack susu Anlene ambe habiskan. Nak kata tak makan ubat, hmm..dah
macam-macam ubat ambe telan. Sekarang ambe cuba ubat dari Homopathi pulak. Try
dulu camne, yang penting ikhtiar. Hmm..ambe rasa mungkin banyak bergerak kot,
sebab tulah tulang Tibia kaki kanan ambe ni tak cantum-cantum lagi. Tulang Tibia makan masa yang panjang untuk sembuh. Ambe ada terbaca yang pesakit patah
tulang tibia, paling cepat nak boleh berjalan makan masa 3 bulan. Tu pun yang
dah letak plate besi kat dalam kaki.
Macam kes ambe. Bulan lepas baru
tukar pakai simen, sebelum ni tulang kaki disupport oleh besi area tv je. Kata doktor, tulang dah menunjukkan nak bersambung dan luka pun dah baik. Tapi pakai
simen ni, langsung tak best bagi ambe. Tak tahu nak terangkan camne. Tak tahulah kot-kot korang yang pernah pakai tu rasa best. Ahad
(14/4/2013), akhirnya tertanggal jugak simen dari kaki ni. Hehe terpaksa
buka sebab air dah masuk kat dalam. Habis basah kapas kat dalam simen dan takut nanti ade kuman pulak merebak. Ambe buka sendiri je simen ni, ketuk
pakai tukul dan gunting J. Sekarang ambe balut kaki yang patah dengan bandage dan tahan pakai besi yang dibalut kertas je.
Huhuhu Allah je tahu camne sakitnya time tulang patah tu bergoyang-goyang. Kena berhati-hatilah
bila bertongkat, tu yang penting.
Sebelah kiri dah tertanggal simen dari kaki & kanan ambe balut kaki pakai bandage (Simple!!).
Tinggal kenangan da huhuhu. kata-kata semangat dari En.Abah.
Petua & Pantang Larang Patah Tulang
Ambe nak share Petua & Pantang Larang
orang patah tulang beserta komen ambe dengan korang. Inshaa.ALLAH berguna bagi
yang mengalami nasib yang sama macam ambe. Tapi kebanyaknya ambe tak ikut pun. Ape yang ambe share ni bukan rekaan, ianya sumber dari pesakit yang
patah tulang. Cuma ambe kumpul dan jadikan 1 entry je. Semoga bermanfaat dan cepat sembuh. Jangan tiru macam ambe keh!!.
P & PL – Yang ni nasihat dari
doktor, jangan makan Gamat atau ubat yang ada Gamat. Katanya tulang susah nak
bersambung.
Ambe – Hmm..tapi ambe ade
terambil pati ikan haruan + gamat, huhuhu langsung tak sedar ade gamat. Acane
tu???.
P & PL – Doktor bagitahu
jangan guna anggota badan yang patah tu sehingga diberitahu kelak.
Ambe – Yang ni ambe tak ikut,
masa mandi ambe cuba tahan (imbang badan) dengan kaki yang patah, tapi sebulan lepas operate
la. Cuma tak bagi tekanan sangat. Lagipun dah 3 kali tergelincir, huhuhu Allah
je tahu sakitnya.
P & PL – Tak boleh ambil ais atau
makanan sejuk. nanti kaki rasa senak (bisa).
Ambe – Yang ni ambe tak sure,
ambe lepas je sebulan dah ambil ais. Tapi tak banyak la dan takde pulak rasa
senak dan sakit. Makanan sejuk mungkin buah-buahan sejuk atau sayur-sayuran yang
sejuk. Bukan yang sejuk beku keras tu. Dia lebih kurang makanan yang
menyejukkan badan. Yang ni ambe tak makan.
P & PL – Doktor bagitahu
minum susu paling minima 3 kali sehari. Susu yang terbaik adalah Anlene.
Ambe – Yang ni ambe buat, tapi minum
2 kali je sahari. Kalau yang tak suka susu, korang boleh p farmasi mintak susu
jenis pil. Telan je ape susah. Susu Anlene ni dia takdelah berkrim sangat, jadi
tak memualkan pun.
P & PL – Orang tua-tua bagitahu
jangan minum air kelapa dan tebu.
Ambe – Hmm..tak sure sebenarnya
sebab ape. Tapi lepas tukar pakai simen,
ambe dah makan jelly kelapa dan coconut shake. Setakat ni ok lagilah. Sekarang ni
dah makan ubat Homopathi dan terpaksa berpantang air kelapa.
P & PL – Sesetengah orang
bagitahu jangan pakai simen. Lebih baik bandage je untuk kecederaan tulang yang
tak serius.
Ambe – Bagi ambe memang tak
selesa pakai simen. Dah la gatal dan susah nak bergerak. Tapi tujuan simen ni
untuk kekalkan tulang kaki tu. Tak nak tulang tu lari dari kedudukan asal serta
dapat protect kaki. Yang ni terpulang pada individu. Biasanya kalau pakai lama
sangat, sendi kaki leh keras dan kaki melecet lepas simen tu dibuka. Simen boleh
pilih yang berat (free) atau fiber yang ringan (berbayar). Kalau tak salah
Rm80.00 untuk 1 balutan.
P & PL – Urut kaki yang
patah.
Ambe – Patah tulang macam ambe ni
memang tak boleh urut awal-awal kena dulu. Sebab ada luka dalam (open fracture).
Tukang urut pun tak berani nak buat, silap-silap haribulan boleh kena jangkitan
kuman. Lebih baik pergi hospital je dahulu. Patah tulang yang tak serius boleh
la pilih nak pergi urut atau masuk besi kat dalam kaki. Risiko kalau kena tukang
urut yang tak pandai, memang boleh jem kaki. Bengkak tak pasal-pasal nanti. Kalau
masuk besi pulak, risiko dia jangkitan kuman jelah. Kalau keluar nanah kat
tempat jahit, wajib pergi hospital dan doctor akan operate balik tuk cuci besi.
Huhuhu pilihan di tangan anda J.
P & PL – Jangan makan telur,
ayam dan makanan laut (seafood). Takut gatal dan bernanah.
Ambe – Bagi ambe kan, berpantang
makan ni rasanya sesuai untuk orang alahan je. Ambe takde alahan tapi ambe cubalah
berjaga-jaga tak makan banyak. Ambe setakat 3 bulan ni dah 2 kali makan kfc. Mula-mula
makan memang gatal dan yang gatal mungkin di sebabkan kulit ayam. Telur memang
ambe makan je hehehehe. Tak gatal-gatal pun, dan Alhamdulillah tak bernanah. Tapi
cubalah berpantang dulu sebulan selepas operate. Lagipun doktor tak bagi
berpantang sebenarnya. Ape yang kita makan kita dapat zat dari makanan
tersebut, sekaligus mempercepatkan luka pulih dan bagi tenaga kat tubuh kita.
P & PL – Orang tua-tua bagitahu jangan makan pulut.
Ambe – Tak pasti pulak kenapa..????..ada sape-sape boleh tolong jawab??. Lepas 2 bulan ambe pernah makan nasi dagang dan pulut ikan masin. Hmm..ok je.
P & PL – Banyakkan minum air
masak. Bagus untuk tubuh sebab tubuh kita terdiri daripada air dan sebaik-baik
air adalah air zam-zam.
Ambe – Huhuhuhu..ambe jarang
sangat minum air masak J.
P & PL – Ni nasihat nurse kat
ambe haritu. Luka kat kaki yang patah tulang tu jangan cuci tiap-tiap hari,
takut dijangkiti kuman. Sekurang-kurangnya seminggu 3 kali, nak-nak yang patah
tulang cover pakai area tv.
Ambe – Mula-mula keluar hospital
tiap-tiap hari jugak ambe pergi klinik cuci luka. Lepas je sebulan, ambe cuci
sendiri je. Tapi ambe cuci hari-hari, Alhamdulillah la takde pape J.
P & PL – Orang yang patah
tulang ni, pesan doctor jangan banyak bergerak. Nanti tulang tu tak dapat nak
bersambung dengan sempurna. Kalau nak tido alas kaki atau tangan dengan bantal
bagi keselesaan.
Ambe – Bagi ambe, bantal tu
memang dah ada. Tapi tido tak selesa kalau tak pusing-pusing L. Dah banyak ambe
bergerak sebenarnya, pergi tandas, mandi, ambil wudhuk dan keluar minum-minum
dengan prends. Acane tu??? Hmm..mungkin kena letak plate besi dah dalam kaki
ambe ni nanti.
P & PL – Banyakkan berdoa,
redha dan jangan tinggal perkara yang wajib.
Ambe – Alhamdulillah masih
bernyawa dan dapat tunaikan lagi J.
Mula-mula eksiden memang terkejut dan sedih. Tapi ambe redha sebab Allah takkan
uji hambaNYA kalau Dia tahu hamba Dia tak mampu. Lagipun sakit tu kan penghapus
dosa. Bersyukurlah J.
P & PL – seorang Ustaz dalam rancangan
Tanyalah Ustaz tv9 ada bagi petua. Baca surah Al-mu’minun dari ayat 11-14 sambil
sapu tempat yang patah atau sendi yang sakit dengan gel pokok lidah buaya.
Amalkan 3 kali sehari tiap-tiap hari. Inshaa.ALLAH cepat sembuh.
Ambe – Inshaa.ALLAH akan
diamalkan. Cuma setakat ni amalkan surah Al-Fatihah je dulu.
Alhamdulillah setakat tu jelah
ambe dapat kongsi Petua dan Pantang Larang bagi pesakit yang patah tulang. Jika
ada yang tertinggal ambe minta maaflah yup. Semoga bermanfaat J. Jangan lupa
doakan ambe biar cepat-cepat sembuh neh. TQ....Wassalam J
P/s : Kalau anda ingin tahu lebih banyak pengalaman istimewa ambe tentang patah kaki ni,
bolehlah klik
--->> SINI. Macam-macam tips dan kisah ambe kongsikan.
Subhanallah | Alhamdulillah | Lailahaillallah | AllahuAkbar...By f@is S.K.A (^-^)